Dikemaskini: 8 September 2026
PocketBizz ("kami", "aplikasi") ialah aplikasi pengurusan perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana (PKS). Dasar Privasi ini menerangkan data yang kami kumpul, cara ia digunakan, dengan siapa ia dikongsi, dan hak anda ke atas data tersebut. Dengan menggunakan PocketBizz, anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan di sini.
1. Data Yang Kami Kumpul
| Kategori | Contoh | Tujuan |
|---|---|---|
| Maklumat akaun | Nama, alamat emel, nombor telefon, kata laluan (disulitkan) | Mendaftar & mengesahkan akaun, sokongan, keselamatan |
| Maklumat perniagaan | Nama perniagaan, alamat, no. pendaftaran (SSM), maklumat akaun bank/QR bayaran | Menjana invois, penyata & dokumen perniagaan anda |
| Data transaksi & operasi | Jualan, stok, produksi, perbelanjaan, tuntutan, tempahan, pelanggan/pembekal | Fungsi teras aplikasi yang anda masukkan sendiri |
| Imej | Foto resit (imbasan OCR), gambar produk, QR bayaran | Merekod perbelanjaan & memaparkan produk anda |
| Data langganan & bayaran | Status langganan, rujukan bayaran, pelan | Memproses langganan berbayar |
| Data penggunaan | Log ralat, aktiviti dalam app, versi peranti | Menambah baik & menyelesaikan masalah aplikasi |
Kami tidak menjual data peribadi anda kepada mana-mana pihak.
2. Kebenaran Peranti
- Kamera — untuk mengimbas resit dan mengambil gambar produk. Digunakan hanya apabila anda memilih fungsi berkenaan.
- Storan / Fail — untuk memilih dan menyimpan imej serta dokumen (cth. PDF invois).
- Bluetooth — untuk menyambung ke pencetak resit termal (POS) sahaja; kami tidak mengumpul lokasi.
3. Cara Kami Menggunakan Data
- Menyediakan dan menyelenggara fungsi aplikasi.
- Memproses langganan dan bayaran.
- Memberikan sokongan pelanggan.
- Meningkatkan prestasi, keselamatan dan ciri aplikasi.
- Mematuhi kewajipan undang-undang.
4. Perkongsian Dengan Pihak Ketiga
Kami berkongsi data hanya dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk mengendalikan aplikasi:
- Supabase — hosting pangkalan data, pengesahan (auth) dan storan fail.
- Google Sign-In — pilihan log masuk menggunakan akaun Google anda.
- Google Drive — jika anda menghidupkan backup automatik, salinan data anda dihantar ke Drive anda sendiri (lihat Seksyen 5).
- Gerbang pembayaran (CHIP, ToyyibPay) — memproses bayaran langganan.
- Penyedia AI (Google Gemini, OpenAI) — memproses imej resit untuk imbasan OCR.
- Penyedia emel (Resend) — menghantar emel sistem seperti tetapan semula kata laluan.
Pembekal ini memproses data bagi pihak kami di bawah perjanjian perlindungan data masing-masing.
5. Backup ke Google Drive (pilihan)
PocketBizz menawarkan backup automatik ke Google Drive anda. Ciri ini dimatikan sehingga anda menyambungkannya sendiri, dan boleh diputuskan pada bila-bila masa.
- Skop yang kami minta:
drive.filesahaja — akses terhad kepada fail yang aplikasi ini cipta sendiri. Kami tidak boleh membaca, mengubah atau memadam dokumen lain dalam Drive anda. - Ke mana data pergi: ke folder "PocketBizz Backup" dalam akaun Google Drive anda sendiri. Fail itu milik anda, dalam storan anda. Kami tidak menyimpan salinan fail backup itu.
- Apa yang dibackup: data perniagaan yang anda masukkan (jualan, stok, produksi, tempahan, pembekal dan seumpamanya). Rekod langganan, bayaran dan log audit tidak disertakan.
- Token yang kami simpan: satu token kebenaran Google yang membolehkan backup berjalan pada waktu malam ketika aplikasi ditutup. Ia disimpan dengan disulitkan, tidak pernah dihantar ke peranti anda, dan hanya proses backup di pelayan kami boleh membacanya.
- Menarik balik: Tetapan → Backup Data → Putuskan Sambungan memadam token itu dan membatalkan kebenaran di pihak Google. Anda juga boleh membatalkannya di myaccount.google.com/permissions. Fail backup yang sudah ada kekal dalam Drive anda sehingga anda memadamnya.
6. Penyimpanan & Keselamatan Data
- Penyulitan semasa rehat (AES-256) dan semasa penghantaran (SSL/TLS).
- Row Level Security (RLS) — setiap pengguna hanya boleh mengakses data sendiri.
- Backup harian.
- Akses terhad kepada kakitangan yang diberi kuasa sahaja.
7. Pengekalan Data
Kami menyimpan data anda selagi akaun anda aktif. Apabila anda memadam akaun, semua data peribadi dan perniagaan anda dibuang secara kekal daripada pangkalan data produksi kami (lihat Seksyen 8). Salinan backup yang mengandungi data lama akan berkitar keluar mengikut jadual backup biasa kami.
8. Hak Anda & Pemadaman Akaun
- Mengakses dan mendapatkan salinan data anda.
- Membetulkan data yang tidak tepat.
- Memadam akaun dan semua data anda secara kekal.
- Membatalkan komunikasi pemasaran.
9. Kanak-kanak
PocketBizz ditujukan untuk pemilik perniagaan dan tidak bertujuan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Kami tidak mengumpul data kanak-kanak secara sengaja.
10. Perubahan Pada Dasar Ini
Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui aplikasi atau emel.
11. Hubungi Kami
Emel: support@pocketbizz.my
WhatsApp: 010-782 7802